Before you go on with the reading,

She's making her own way. With Allah by her side.


If you don't mind, read this blog from the first post. But If you mind, don't basically judge if you don't know what happened before :)

Sincerely,
Mrym.

May 6, 2013

.32. Sudah kena fikir. #GE13

(sila abaikan bendera mana mana parti. entri ini tidak bersifat kepartian)

Assalammualaikum wbt.

Kalau ada perkara yang aku bilang, telah mengubah aku segala.
Perkara itu adalah hadiah tarbiyyah dari Allah.

Dengan tarbiyyah, segala fikrah pun mampu berubah.
Akhlak pun mampu terikut sama.

aku tahu aku dulu, pemikiran nya bagaimana.

Dan aku mahu katakan di sini, adalah tentang politik.

I used to be so ignorant.
Politic is dirty, adalah slogan kata aku untuk mula-mula sekali menolak kursus undang undang.
Sedangkan di sudut paling dalam aku, bidang undang undang adalah
bidang yang aku kira ada kebolehan & minat di situ.

Even orang lain pun bilang begitu.

Aku kan degil.


Sekarang, I believe everything has been planned beautifully.
Aku di tempat aku sekarang, atas sebab tujuan yang Allah tahu aku mampu.

Politic is not dirty. Politic is a must to have in creating Islam as Ustaziatul Alam.
But the people who conduct politic could be dirty.
...

Saying about GE13.

Aku hanya mahu beritahu, mungkin Allah mahu kita semua mempersiapkan diri sebagai jundi jundi Allah yang berjuang ikhlas kerananya.
Sepanjang hayat.
Bukan sekadar bila musim pilihanraya tiba atau sebagainya.

Pejuang Islam, adalah pejuang yang dari nafas pertama hingga akhirnya.

Allah tahu, mungkin kita tidak mampu lagi untuk menghadapi kemenangan dan melawan kebatilan.
Allah tahu, mungkin kita tidak lagi cukup bersatu.

I've been updating a lot in my Maryam Kirana's Facebook, which I shall deactivate soon.

I've found my peace, and it is not in the virtual world.
It is when i mingle with people whom I love and comfortable with and get everything done in the real world.
Virtual world may help to spread the news and get the news faster.


dan satu aku minta,
tuhan , jika mereka salah dan zalim, mendapat mandat atas usaha yang kotor,
biar kau sendiri yang membiarkan mereka membuka aib mereka satu persatu.

Bukan atas provokasi dari kami, rakyat yang telah tertindas.
rakyat yang dibuat seperti boneka.

Tutup lampu, black out,
peti undi entah dari mana muncul?

sungguh tidak bijak permainan politik Malaysia
dan itu yang aku risaukan,
untuk diwarisi oleh anak muda akan datang.


Tunggu 5 tahun lagi, mungkin waktu itu pemikiran aku sudah berbeza,
mungkin suasana keadaan negara sudah berbeza,
who knows?

Tapi tuhan kita tetap sama!


...


Sedih, gambar sewaktu di Kuantan dan semalam membantu Muslimat,
hilang!

Corrupted dalam laptop sendiri!

ah kenangan, sememangnya semua ku simpan dalam hati.

...

sewaktu di CFS, 
aku berfikiran lain,
kalau perlaksanaan hukum Islam dan sebagainya akan ditegakkan,
harus bagaimanakah aku mahu hidup?
bantuan dan rezeki akan terpotong.
hiburan akan tersekat.

Allah. maaf.

sampaikan dengan keramahan aku,

Syafa bilang "Mkay ni nanti jadi puteri UMNO. Wanita UMNO"

dan kini, aku hanya mampu tersenyum.

Sungguh, mungkin aku bersemangat begitu, tapi jalan tarbiyyah merubah segala kepercayaan hati.

Senyum :)


...

I am sorry for my post whether in blog or facebook yang seakan akan biased.
Tapi sebaiknya aku cuba untuk menghubungkan segala dengan tuhan.

bukan sekadar merendahkan manusia lain dengan moral yang teruk.
seperti yang aku kena sewaktu membantu Muslimat di Gombak Setia semalam.

Semoga makcik makcik belah sana mendapat hidayah.
Tak sanggup untuk aku doakan yang buruk buruk pada saat aku dizalimi di hina dimalukan depan khalayak.

Sungguh Allah maha mendengar.


...


I had a great time to be a 22 y.o  yang mampu berfikir secara matang, mengeluarkan pendapat sendiri,
yang pada tika dulu, aku ingat aku akan jadi seperti lalang, dan mahu tolak tepi tentang isu negara, isu dunia.

Tarbiyyah Allah, is just too precious.

...


Bagi aku, aku redha dengan keputusan hari ini, walaupun ianya MERAGUKAN.
By signing to this petition, doesn't mean I want the result to be completely different.

A real hero, won't do that.
A real hero, will fight in silent, and will emerge with glory.
EnsyaAllah One DAY!

Petition ini perlu disuarakan agar PIHAK BERWAJIB 
tak dengan sewenang wenangnya, 
nak buat rakyat seperti boneka.

Kami ada hak bersuara.
Kami ada hak sebagai rakyat untuk bertanya dan mohon penyiasatan.

Kalau kau benar di pihak yang benar,
kenapa perlu takut?









Allah rabbuna yussahilna.

Tuhan, kami hanya mempunyai kamu.
...


Dah import entry entry dari blog kaishrakirana kemari.
Aku sudah okay.
kerana itu, baik aku jadikan satu saja tempat aku menulis.

Moga Allah redha.

:)

No comments: